Sabtu, 15 Januari 2011

Januari Tahun 2011

Pekabar pembaca blog aku ini.Sihat ke.Haha.Macam la ade orang baca blog aku ni.Sekarang ni cikgu dah mula mengajar dan seperti biasa lah,kerja sekolah mesti ade punya.Haish,nak belajar beberapa subjek baru la pulak.Mentang-mentang la aku dah form 4.Ehem-ehem.Owh,sini aku nak bagitau apa subjek baru dan subjek dah pupus yang aku ambik waktu form 3(subjek yang dah pupus bagi form 4) dan waktu form 4(of course la subjek baru):

Form 3
1.Sains
2.Kemahiran hidup
3.Geografi

Form 4
1.Biologi
2.Matematik tambahan atau nama famousnye add math
3.Fizik
4.Kimia

Tu je la.Subjek untuk SPM aku ambik 9 je.Tahun ni aku masuk kelas sains tulen.Yang bestnye adalah apabila orang orang tanya kelas apa?Dengan bangga dan berkembang hidungnye aku berkata"Aku masuk kelas sains tulen"dan orang lain akan berkata"Dasyat tu.Pandai jugak ko ni".Well,aku malu dipuji sebenarnye.Haha.Yang tak syioknye pulak adalah apabila aku sepatah apapun yang cikgu cakap tak masuk dalam kepala aku yang bernilai ni dan apabila dah tak paham,cikgu pulak suruh buat kerja rumah.Ni yang aku tension ni!!Adoyai,susahnye nak belajo.Huhu.

Setakat ni apa yang cikgu ajar boleh la masuk ke dalam otak ni.Cuma biologi dan add math je yang tak paham.Alkisahnye.....Ok la,aku pun bosan la nak menaip.Kalau hal penting tak ape la,ni kalau benda yang merepek maleh la aku nak taip panjang-panjang.Bubai.Tata tete titi toto 4d tutu.Assalamualaikum.

Jumaat, 7 Januari 2011

Tahun Baru!!2011!!

Yo..Selamat tahun baru.Apa khabar semua.Ada azam tak tahun baru ni?Kalau takde,takde tujuan la korang tahun ni.Ha??Apa dia azam aku??Owh...azam aku tahun ni nak tidur awal sikit.Hehehe.Ye la,sebab selalu aku tidur lewat pastu bila nak belajar aku mesti rasa nak tidur.Haha.

Tahun lepas aku dapat result PMR aku 5a3b je.Ye la,aku kan bodoh.Huhu.Hmm...takut la pulak nak hadapi SPM nanti.Harap-harap aku dapat keputusan cemerlang la nanti.Dah la,aku nak chow dulu.Bubai..