Jumaat, 15 Mei 2009

Sibuk

Pada suatu hari di suatu bulan april di suatu tahun 2008 di suatu kampung di suatu tempat,pak pandir sedang berjalan-jalan mengambil angin dan memulangkannya kembali kepada udara dengan menggunakan bomnya. Tiba-tiba dia ternampak ramai orang berkerumun di tengah jalan raya dan dia nampak ada kereta yang rosak kerana terlanggar sesuatu.Pak pandir rasa mungkin yang dilihat orang ramai ialah orang yang kena langgar tetapi tak tau apa yang kena langgar.Dia pun nak tengok tapi ramai sangat orang berkerumun.Jadi dia menggunakan alternatif yang agak bijak.Dia pun menjerit kat orang ramai"Hello,tolong ke tepi sikit saya ni bapak mangsa".Apabila diberi laluan,pak pandir pun melihat siapa yang kena langgar.Rupa-rupanya beruk yang kena langgar!!!