Jumaat, 17 Disember 2010

Keputusan PMR!!!

As salam.Aku nak cerita ni.Keputusan PMR keluar 23 ni!!Gelisah kot.Bayangkan kalau aku dapat 8a,wah....indahnye dunia.Tapi kalau dapat teruk,wooo!!!Nahas aku.Huhu.Harap-harap dapat la 8a.Amin ya rabbal alamin.Doakan aku ye.

Isnin, 13 Disember 2010

Bosan,bosan dan bosan!!!

Arghh!!!Bosan lak takde aktiviti cuti sekolah ni.Duduk rumah pastu on9 je.Nak pergi bercuti lak tak tau lagi.Ni pulak nak habis cuti sekolah dah.Yang herannye,tahun lepas ade la jugak aktiviti yang boleh dibuat.Ni tak,bosan siot.Nasib baik esok gi rumah sedare aku.Kalau tak,buat peta je kat bantal.Boleh jadi peta dunia kot.

Hari tu pegi la keluar jj tengok cerita skyline.Ingat best,rupa-rupanye macam hampeh.Rugi duit je.Yang nak tergelak tu sebab tahun lepas ke tahun ni,pergi pawagam nak tengok cerita.Mule2 tak ade langsung cerita best.Nak balik pulak sia-sia aje.Last-last,tengok la cerita A Team.Ingat bosan tapi rupa-rupanye best siot.Asyik tergelak je dalam pawagam.Hahaha.Ingat lagi jalan citenye.Ni skyline pulak ingat best tapi macam hampeh.Huh!!Betul la kata orang-orang dulu.Jangan pandang tajuk cerita,tapi kena tengok cerita dulu.Maksudnye,jangan cuma pandang luaran tapi lihat dari dalaman.Bukan dalam baju la mangkuk.Ni asyik tengok benda bukan-bukan la ni.Dalaman hati.Ada paham.Tapi kereta skyline tetap aku nak kalau tak dapat ferrari.Wohooo.

Ok la,kering sudah otak aku pikir pasal nak tulis ape.Baik aku kering otak pikir hal negara ke,hal ehwal islam ke lagi bagus.Daaaaa....


CERITA YANG BEST... :D


Aku benci cerita ni.. :p

Khamis, 25 November 2010

Cuti akhir tahun sudah datang lo..

Yeah,cuti akhir tahun dah datang.it's time 4 enjoy and party.tiade lagi PMR pasni.dah lepas siot.tapi,didalam hidup kita tak pernah terlepas daripada sebarang ujian.jadi,banyak lagi ujian yang menunggu kita.ahh!!ape aku merepek ni.lantakla.

Cuti sekolah kali ni rase bosan pun ade.ye la,aktiviti pun takde sangat.kalau ade pun waktu petang, aku start motor pastu main badminton dengan meor,zubair dan ammar(ni kawan2 aku la).mungkin aku pun akan rindu dengan kawan2 aku yang akan berpindah sekolah tahun depan.takpela,sekurang-kurangnyer korang pernah hadir dalam hidup aku.chewah,jiwang siot.

Sekarang rasa berdebar,takut dan gelisah menunggu slip PMR.ye la,aku bukan pandai pun.ni pulak nak lawan dengan kakak aku.huhu.ok la.korang pun mesti bosan kan baca blog aku ni.takde yang seronok pun.aku ni takdela pandai sangat nak cari ayat.cume ayat jiwang je yang lebih.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Percubaan pmr dan ramadan

Dah lama tak bukak blog ni.....Rasa macam dah berkurun macam zaman paleolitik plak.Minggu lepas baru je habis trial.Tup-tup dapat la 2a 6b.Tragis tu kalau nak dapat 8a dalam pmr.Kali ni soalan tak tau la nak kata senang atau tak sebab macam boleh jawab tapi dapat 2a je.Risau gak kalau soalan pmr susah nanti tak dapat 8a.Harap-harap dapat la 8a dalam pmr.Amin...


Pejam celik,pejam celik dah masuk pun bulan ramadan yang penuh berkat.Ni pun dah masuk hari ketiga.Di bulan ramadan ni cadang nak buat tarawih setiap malam tapi semalam dah miss(ade sebab tapi tak leh gitau).Hu hu.Tak dapat la penuh impian aku.Ish ish ish.


Ok la aku nak cau dulu.Selamat berpuasa dan jangan tinggal lak.Ni ade la skit gambar-gambar sempena bulan ramadan ni:




Keluarkan Pemformatan daripada pemilihan

Rabu, 2 Jun 2010

Mood cuti menjelang.....

Hai,hai,hai,lama tak jumpa.Apa khabar semua......Hari ni peksa sains,kh dan geo.Susah jugak la tambah lagi sains.Ish,ish,ish.......
Tunggu punya tunggu,dah nak cuti bulan 6.Yea yea,cuti.......Cadang cuti ni nak pegi penang,hari keluarga dan keluar ngan kawan.Tak sabar lak rasanya.Tapi,banyak kerja nak kena buat la cuti ni.
Bila pikir balik,takut la plak sebab PMR semakin menghampiri.Abislah aku.....Ok berbalik kepada cuti,kali ni rasa macam nak cuti lama skit.Tapi,nak buat macamana,dah nasib badan......Ok la,bye semua...Jangan nakal-nakal k.Nanti aku datang bawa yang kau pesan.Eh dah lagu lak,he he he......Jumpa lagi dalam catatan yang seterusnya....Aku nak enjoy lu.....

Selasa, 16 Februari 2010

2010 punya catatan

Dah masuk rupanye tahun 2010.Lama lak tak bukak blog ni.Walaupun dah bulan 2 tapi masih belum terlambat(ke dah terlambat)nak cakap SELAMAT TAHUN BARU.......................CINA.Ha,ni sebenarnye yang nak dikata.Kelas 3S ni jadi harapan pengetua la plak.Kenapa pengetua tak harap kelas lain tapi kelas ni.Homework banyak tul.Aku nak cuti pun tak leh.2009 pun banyak kenangan yang aku lalui.Antaranye dapat masuk kelas pertama,kawan aku umar berpindah kat mana ntah,dikecewakan,ade cikgu yang best dan macam tak nak mengajar,bla...bla....bla.....Kelas aku sekarang pun macam special skit.Aku tak sabar nak tunggu habis PMR!!!!!!.Dah habis memang enjoy giler la.Aku pun rasa nervous giler nak hadapi pmr.Cikgu yang sporting ajar aku pun ustaz ramli(guru agama),cikgu rosdi(guru kh),cikgu hamidah(guru sejarah),cikgu bahariah(guru matematik) dan cikgu hamsiah(guru bm dan guru kelas).Yang lain boring giler.Ha,aku sekarang penolong kelas.Ketua kelas aku perempuan(garang siot). Cuti ni kena buat homework dan duk rumah je.Aku rasa bosan lak.Dah la semua kawan aku masa kecik aku yang best pindah.Ni pun nasib baik ada internet,kalau tak aku tak tau la.Dah la aku pun malas dah nak taip panjang-panjang.Aku gerak dulu la.